Assalamualaikum!~~
Janji selalu manis. Kalah manis tebu. Tanam tebu tepi bibir pun tak manis sangat lah kan. Leset madu kat bibir baru lah manis macam manis janji. Janji manis selalu tak boleh percaya. Oleh itu, jangan lah percaya kalau saya berjanji manis nak update sokmo blog ni. Hewhewhew. Maafkan saya ya, bukan saya busy sangat pung.Nak kata tak ada masa, tipu lah. Tapi masa yang ada banyak guna untuk menda lain. Contohnya? Em,, tido.
So marilah kita meneruskan tujuan entri ini. Anda lihat gambar di bawah ini pun anda dah tahu nak cite pasal apa kannnn. Ya betul! Mestilah pasal kahwin kalau ada gambar pelamin ni. Tapi jangan salah faham,bukan saya yang kahwin. Macamana nak kahwin calonnya enggak ada..sobs sobs.
Bulan March adalah bulan kawan kawan saya bersatu. Berkahwin. Menamatkan zaman bujang mereka. Saya tumpang gembira. Banyak jemputan tapi hanya mampu hadir separuh daripadanya. Maafkan saya kawan kawan yang saya sayang. Nanti kahwin lagi jemputlah lagi ye! Haha.
So,1st week of March I attended a wedding at Taman Melati. Saya pegi dengan Ibah, kawan sekolah rendah saya yang sekarang ni cikgu kat Selayang.Pengantin perempuan tu la Intan Shazira namanya. Kawan sekolah rendah dulu. Majlis kat kampung kat Terengganu bulan Februari hari tu tapi saya kat Sabah masa tu so datang majlis kat KL je la. Sangat cantik ini minah comel lote kecik molek ni. Dia ni sama kecik sama comel (?) la dengan saya time sekolah dulu. Cantik kan dia ni. Dah la pakai baju pengantin pink warna kesukaan saya!
 |
| Ibah, Afiq, Intan and me.Comel la Intan ni..ada ke pegang tangan I,malu i tau..tangan hasben tanak pegang pulak..hehee |
 |
| Yeay terbukti saya bukan paling rendah lagi. |
2nd week of March saya pegi kenduri kat Sepang. Tapi tak ada gambar.Diri ini yang pelupa selalu tak transfer gambar dari memory card Nikky Pinky then bila nak update blog mulalah cari memory card lepas tu baru sedar memory card tertinggal kat rumah kawan baik kat Shah Alam lepas tu bila la nak pegi ambik ni.So nanti nanti lah saya letak gambar 2nd wedding ni ok.
Minggu ketiga, pergi Taman Metropolitan Kepong. Ala,tempat glamer orang main layang layang tu. Dah berapa tahun entah la selalu plan nak pegi sini tapi tak sampai sampai pun hinggalah 18 March tu barulah sampai. Tapi bukan boleh main layang layang pun. Pegi wedding classmate saya masa secondary school dulu. eh bukan school..maktab la..sorry ye I tak pegi sekolah menengah I masuk maktab terus HAHAHAHA (ok, ni lawak berlagak selalu budak MRSM buat. eleh ingat budak SBP je boleh berlagak? ). Jangan gelak kalau tak lawak.
 |
| Lope, Aider, Uda, Elmi dan si cantik Xue :P |
Best sangat buat wedding kat open space macam Taman Metropolitan Kepong ni. Angin sepoi bahasa, space tak limited pun. Kalau kat rumah kan macam banyak barang nak kena alih then tersepak sepak nak lalu kalau jenis orang yang gelabah macam saya ni mesti terlanggar tempat bunga lalu berterabur la bunga..
 |
| Family potrait! |
 |
| Bergambar lagi |
 |
| OMG rindu gile diorang ni bila jumpa mesti sangat kecoh. |
 |
| Haha lupa kenalkan si pengantin.Ni ha namanya Syazwan atau nama glamer Chadsz. Budak yang selalu troll kan orang dari zaman sekolah sampai la sekarang ni. |
 |
| Querians with the Bride and Groom. |
 |
My outfit of the day : Kebaya yang dah ketat terbukak2 button,Tudung beli kat Giant and Wedges baru beli kat Vincci.
Love the pink and grey colours! |
Then final wedding yang saya attend was last week at Batu Pahat. Querians jugak iaitu Uda the kecoh girl yang hyper so wajiblah datang kan.. Querians adalah ahli ahli kelas Q yang spastik gila gila sengal tapi bijak pandai belaka kecuali saya huhuhuhu. Awal awal dah plan nak konvoi 3 kereta tapi last minute Dr. Aider demam so Lope dan Elmi naik kereta saya je sekali dengan Jaa. Emiey dengan tunangnya then Wanah dengan husbandnya. Wanah tak konvoi.Kitorang jumpa after exit highway je.
 |
| Breakfast kat RNR Seremban. Baju hitam dua dua nama Helmi tapi yang hensem tu Emiey punya tunang.Yang tak hensem tapi comel chubby chubby tu Dr. Helmi Querians. |
 |
| Pelamin Uda cantik gila ok! Pelamin saja dah besar 1 khemah. Kelass kau Uda! The wedding dress pun cantik sangat. Kitorang jarang tengok Uda makeup so bila dah makeup nampak lagi cina! |
 |
| Candid. |
 |
| Querians with husbands :P |
 |
Without husbands. From left : Dr. Elmi, Cikgu Wanah, Kuli Xue, Lecturer Dila, Engineer Jaa, Engineer Emiey, Dr. Bee and Dr. Lope.
Fuh segan I tau semua orang keje bagus. |
 |
Lama gila tak jumpa ini budak meja sebelah dalam kelas selalu lawan tidur selalu buat bising dalam kelas.
Dila!!! I takleh lawan mata biru u la mata u lagi besar! |
 |
| The gorgeous Emiey and hottie Jaa! with me in red kebaya without kain so pakai je la jeans.Hehe |
 |
| The most polite girl in our class, Wanah. |
So...itulah dia jelajah kenduri kahwin untuk bulan 3..this weekend ada lagi tapi tak mampu saya nak pegi sebab next week saya ada exam!! Waa takutnya..harus study dengan bersungguh sungguh! So...paham paham la eh, saya kena chow dulu la nak pegi study.
Till then, jumpa lagi. Take care ya!